Aku tatau nak mula cerita dari mana... Buntu dah. Ok cam nih.. Aku kerja kat sini memang kerja nya senang. Dalam Senang tuh rupanya ada orang yang tak puas hati kat aku. Itu dah kira lumrah sebuah kehidupan lah kan..
Aku kerja kat sini dalam kompani nih tak tersusun dari segi failing nye dan susun atur barang. Aku manage balek. Aku akan buat yang terbaik. Aku buat segala galanya sehingga aku termampu. Yes aku akui.. aku bukan yang graduate. Aku cuma ada segulung SPM je. Aku bukan tanak berlajar tinggi-tinggi yang boleh memberi keselesaan kat aku kelak. Tapi keluarga aku yang tak mengizinkan aku untuk ke tahap tuh. Lahir dari keluarga yang susah. So tak leh nak pi jauh-jauh. Arwah mak ngan arwah ayah aku masa tuh dah tua dah. Umor dorang masa aku amek SPM dalam nak masuk 80 tahun dah. Aku lak hidup bertiga je dalam satu rumah. Tak de abg ngan adik. Adik mende nye kalu aku anak bongsu. Abg-abg ngan akak-akak aku semua nya dah ada keluarga sendiri. Dah ada anak-anak dah.
Abis SPM aku terus start kerja. Arwah mak kasi aku motor Yamaha 80 untuk aku ke kerja. Dah kira bersyukur sangat-sangat...
Start dari hari tu sampai sekarang aku tak de berpeluang untuk sambung belajar. Tak pe lar.. mungkin Allah takdirkan aku begini.. So aku terimalah dengan redha dan hati yang terbuka.
Sekarang, aku dah kerja kat tempat yang selesa untuk aku. Walaupon aku berkorban dari segi masa. Aku redha je.. Rupa-rupanya pihak manager-manager tak pandang aku. tak pandang aku punye penat lelah tuh. Tak pandang aku punya pengorbanan aku tuh. Dorang pikir aku nih tak leh wat kerja. Sebab aku hanya ada SPM sahaja. So apa-apa pandangan aku. Dorang tak dengar. Apa leh buat?
Aku kerja dari pukol 7 pagi sampai 9 malam. Setiap hari begitu. Termasuk Sabtu dan ahad dan juga Cuti Umum. Bos besar bising. Sebab bos aku tuh tak wat kerja. Tak pernah ajar pon cam ane cara-cara nak manage. Aku sendiri yang buat. Dari A sehinggalah Z. Aku sendiri terkotak katik yang buat. Bos besar lantik manager dari department lain untuk handle sekejab. Untuk pantau perkembangan aku dan juga bos aku. Tapi manager nih memang seorang hati yang busuk. Seolah olah kompani tuh dia yang punya. So dengan selamber dia je cakap aku nih tak leh wat kerja. Tak pandai dalam segala-gala hal. Tak pe. Aku masih lagi redha. Dia nak buang aku dari department tuh. So bos lain nak tarik aku masuk Admin. Aku bersyukur sangat-sangat.
Aku sangkakan panas sampai ke petang. Rupa-rupanya hujan di tengahari. Manager tu lak amek balek aku untuk masuk ke deparment dia. Sebab dia cakap aku memang tak leh wat admin. Manager admin pon tak leh nak wat ape-apa dah. Yang aku susah hati nye.. kontrak aku nak abis dah. Dia sambung balek. Tapi gaji turun banyak gila. Pah tuh OT lak tak leh nak buat sangat-sangat. Tak pe lah.. Aku redha lagi walaupon dalam susah hati. Susah hati sebab ape? sebab aku dah nak kawen.. itu je yang susah hati nya...
Dia turun kan aku nye gaji.. Sebab dia dah hired sorang budak baru seorang perempuan dan educated. Apa tak educatednye.. budak tuh ada Ijazah ko! So manager-manager nih tak pandang ar aku nih. Dia cakap aku nih tak layak segala-gala hal.. Tak per.. aku masih lagi boleh bersabar dan mampu lagi nak bersenyum.
Aku cuma nak tengok je.. Setakat mana pompuan tuh leh bertahan. Aku nak tengok. Sebab opis aku nih pelik skit operasi nya..
So sekarang nih.. Aku nye gaji dah turun gile. OT dah cut habis. Tak per ar... aku redha je lar... Mungkin ada hikmah nye..
ok ar.. aku tak de mood nak wat kerja dah.. bye...

0 pengkritik:
Post a Comment