Pergh! dari malam tadi polis wat roadblock. Sana sini ada roadblock. Adus... Kerana bersih kah atau kerajaan yang buat KL jadi huru hara kejab? entah le.. aku tanak komen apa-apa pasal BERSIH ke PATRIOT ke atau PERKASA. Lantak derang lar kan...
Malam tadi, kawan serumah aku tuh nak balek ke rumah. Biasanya dalam 30 minit dah sampai dah. Nih dah nak masuk 4 jam. Masih tak sampai-sampai lagi. Hahahaha! Sib baik aku bawak motor ko...
Hari nih sebenarnya aku cuti. Dah simpan hajat nak pi tengok BERSIH tuh. Nak TENGOK SAHAJA. Bukan Nak join ok! So malam tadi aku tidor lambat le sket... Ye lar... Cuti kan besok...
Hakikatnya! aku kena kerja daaa.. Cam sial je.. Hilang dah mood aku nak bercuti. Nak tanak aku kena pi kerja lah.. Tadi OTW nak pi kerja. Jem lagi lar. Hangin tol aku! Maknanya derang wat roadblock dari malam tadi lah kan?.. pergh! hebat tol penangan BERSIH nih.. Kawan aku yang dari Terengganu pon sanggop datang ke KL semata mata nak join BERSIH nih..
Aku sekarang nih FREE ok! Maksud nye.. Aku tak berpihak mana-mana parti pon. So jangan nak tanye aku lagi...
Ok lar.. aku nak wat kerja sat.. Tata.. titi.. tutu...

1 pengkritik:
bro, ko tanya kat mana durian buffet tu kan... kat kota damansara laa bro... ko duduk mana..??
Post a Comment